Klinik Methadone
(Rawatan Terapi Gantian dengan Methadone)
Rawatan untuk ketagihan dadah kategori Opiat seperti Heroin, Ubat batuk Codien , Morfin dan Candu
Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan methadone adalah salah satu kaedah program “Harm Reduction” untuk pengguna opiat. Program ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan darah (HIV, Hep C, Hep B) yang berpunca daripada perilakuan berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum. RTG methadone adalah pemberian ubat preskripsi (sirap Methadone) di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.
Methadone menggantikan opiat seperti heroin dan morfin dimana pemberian dos yang sesuai akan dapat mengurangkan ketagihan dan mencegah tanda-tanda pengunduran. Methadone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi tidak memberi kesan euforia.
Methadone perlu diambil secara oral (melalui mulut), sekaligus mengatasi pelbagai masalah yang dikaitkan dengan penggunaan / perkongsian alat – alat suntikan. Rawatan methadone akan mengurangkan atau menghilangkan tindak balas heroin dalam badan.
Antara pantang-larang minum methadone ialah
1. JANGAN minum bersama air limau, anggur, air kelapa
2. JANGAN bergabung makan ubat Suboxone
3. JANGAN terlepas waktu minum selepas 24jam
4. JANGAN campur methadone dengan pil tidur (boleh akibatkan kematian)
5. JANGAN bertukar-tukar dos ubat.
Rawatan Ketum, Ketagihan Ketum, Ketum itu bahaya, Pusat Rawatan Dr Mahmud